Monday, November 22, 2010

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya aktiviti dan langkah yang dicadangkan di atas adalah amat sesuai dijalankan bagi murid tahun 2. Murid pastinya seronok melakukan aktiviti ini kerana ianya mudah dan berkaitan dengan benda yang mereka selalu gunakan dalam kehidupan harian mereka.

Bimbingan dari guru amat perlu dan penting supaya murid tidak tersalah konsep seperti menyatakan isipadu air lebih banyak pada bekas yang mempunyai paras air yang tinggi berbanding bekas yang mempunyai paras air yang rendah. Dengan memanipulasikan pelbagai jenis bekas mengisi air, murid dapat melihat sendiri bagaimana sesuatu isipadu air itu disukat dengan cara yang adil iaitu menggunakan bekas kecil yang sama saiz.

Dalam aktiviti ini murid dapat membuat kesimpulan atau keputusan yang menyakinkan pada diri mereka bahawa tidak semestinya bekas yang sama tinggi mempunyai isipadu air yang sama dan tidak semestinya bekas yang berlainan ketinggian mempunyai isipadu air yang berbeza. Untuk memastikan isipadu air, kita perlu menggunakan bekas sukatan yang sama atau dimalarkan supaya isipadu air yang disukat adalah adil bagi mendapat keputusan yang tepat dan boleh dipercayai.

Sebagai seorang guru, kita perlu kreatif dalam membina sesuatu konsep supaya murid tidak terkeliru dalam melakukan aktiviti yang lebih mencabar pada masa akan datang. Ketidakfahaman murid tentang sesuatu konsep akan mendatangkan lebih lagi masaalah lain yang akan berlanjutan jika mereka bergerak ketahap seterusnya.