Tajuk : Menyukat Isipadu Cecair Tanpa Menggunakan Unit Piawai
Tahun : 2
Hasil Pembelajaran:
Murid dapat membanding dan menyukat isipadu cecair dengan menggunakan alat dan bahan yang disediakan.
Bahan-bahan:
1. Air berwarna (bagi memudahkan murid melihat)
2. Bebarapa bekas kecil terpakai yang sama saiz.
3. Botol air mineral
4. Satu bekas makanan (plastik)
5. Satu bekas minuman
Langkah-langkah pengajaran:
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Bekalkan setiap kumpulan dengan 5 bahan yang disenaraikan di atas.
3. Lantik seorang murid sebagai pencatat.
4. Murid memindahkan air berwarna dari bekas botol mineral ke bekas-bekas kecil sehingga air dalam botol mineral tersebut habis.(setiap bekas perlu diisi sehingga penuh )
5. Sambil langkah 4 berjalan, murid berbincang antara ahli kumpulan bagi membuat anggaran tentang bilangan bekas kecil yang diperlukan untuk menghabiskan air dalam botol mineral itu tadi.Murid membuat catatan dalam lembaran yang diberi.
6. Langkah 4 dan 5 diulang semula tetapi menggunakan air berwarna dalam bekas makanan (plastik ) dan bekas botol minuman.
7. Murid membuat catatan dalam lembaran kerja yang guru sediakan.
(klik di sini untuk melihat lembaran kerja)
(klik di sini untuk melihat lembaran kerja)
8. Murid berbincang antara ahli kumpulan bekas yang mana boleh menyimpan air paling banyak dan bekas mana yang menyimpan air paling sedikit dan membandingkan dengan anggaran yang telah dibuat.
9. Guru dan murid bersama-sama berbincang tentang kesimpulan yang boleh diperolehi daripada aktiviti di atas.
Kesimpulan : Bilangan bekas yang diperlukan adalah berbeza sekiranya murid menggunakan saiz atau bentuk bekas yang tidak sama. Maka, isipadu cecair yang diperolehi adalah bergantung pada saiz dan bentuk bekas yang digunakan.