Dalam paparan video ini, menunjukkan cara mengukur isipadu air dengan betul. Tedapat tiga saiz silinder penyukat iaitu besar, sederhana dan kecil. Dalam aktiviti ini silinder bersaiz sederhana digunakan kerana ia lebih sesuai dengan isipadu air yang akan dituang. Sebelum air di tuang, pastikan silinder penyukat berada dalam keadaan yang rata supaya bacaan yang diambil adalah tepat. Berhati-hati Semasa menuang air ke dalam silinder penyukat supaya tidak tumpah. Selepas itu bacaan diambil dengan melihat pada bawah garisan permukaan lengkungan air atau disebut "meniskus".