1 Pengenalan
2 Video mengukur isipadu cecair
3 Aktiviti A (Untuk pelajar cerdas)
4 Aktiviti B (Untuk pelajar lemah)
5 Kesimpulan
MENGUKUR ISI PADU CECAIR
Hbmt 2103 ( Matematik )
Wednesday, November 24, 2010
PENGENALAN
Untuk mengajar tentang topik Mengukur Isipadu Cecair, kita terlebih dahulu perlu tahu dan memahami beberapa perkara penting mengenai ukuran atau sukatan isipadu cecair. Pengetahuan pedagogi ini amat berguna bagi memastikan murid-murid benar-benar faham tentang isipadu cecair agar tidak tersalah konsep ketika menyukat isipadu cecair.
Biasanya kesilapan yang berlaku ketika menilai isipadu cecair ialah murid tidak tahu membezakan kuantiti air, paras air dan juga saiz bekas. Sebagai contoh jika isipadu cecair adalah sama tetapi diisikan dalam bekas yang berlainan saiz, mungkin murid akan menyatakan bahawa saiz yang lebih besar atau paras air yang lebih tinggi yang mempunyai isipadu air yang lebih banyak seperti paparan video ini.
Dalam video ini menunjukkan, terdapat dua gelas air susu yang sama banyak, setalah salah satu air susu dalam gelas dituang ke dalam bekas yang lebih kecil diameternya, menyebabkan paras air menjadi lebih tinggi berbanding paras air susu pada gelas yang asalnya. Ini menyebabkan kanak-kanak tersebut menyatakan air susu dalam gelas yang mempunyai paras air paling tinggi mempunyai isipadu air yang lebih banyak.
Dalam video ini menunjukkan, terdapat dua gelas air susu yang sama banyak, setalah salah satu air susu dalam gelas dituang ke dalam bekas yang lebih kecil diameternya, menyebabkan paras air menjadi lebih tinggi berbanding paras air susu pada gelas yang asalnya. Ini menyebabkan kanak-kanak tersebut menyatakan air susu dalam gelas yang mempunyai paras air paling tinggi mempunyai isipadu air yang lebih banyak.
Bagi mengelakkan kesilapan ini tidak berlaku, kita memerlukan pelbagai jenis benda yang berlainan saiz dan ketinggian yang berbeza untuk mengukur isipadu cecair ini. Biarkan murid melakukannya sendiri sambil mengikut arahan atau langkah yang diberikan oleh guru. Pastinya pengalaman dalam aktiviti ini dapat memberikan pengetahuan yang berguna dan pemahaman yang mendalam tentang isipadu cecair. Di sini diselitkan juga satu contoh video tentang cara mengukur isipadu cecair.
Monday, November 22, 2010
VIDEO MENGUKUR ISIPADU CECAIR
Dalam paparan video ini, menunjukkan cara mengukur isipadu air dengan betul. Tedapat tiga saiz silinder penyukat iaitu besar, sederhana dan kecil. Dalam aktiviti ini silinder bersaiz sederhana digunakan kerana ia lebih sesuai dengan isipadu air yang akan dituang. Sebelum air di tuang, pastikan silinder penyukat berada dalam keadaan yang rata supaya bacaan yang diambil adalah tepat. Berhati-hati Semasa menuang air ke dalam silinder penyukat supaya tidak tumpah. Selepas itu bacaan diambil dengan melihat pada bawah garisan permukaan lengkungan air atau disebut "meniskus".
AKTIVITI A (Untuk pelajar cerdas)
Tajuk : Menyukat Isipadu Cecair Tanpa Menggunakan Unit Piawai
Tahun : 2
Hasil Pembelajaran:
Murid dapat membanding dan menyukat isipadu cecair dengan menggunakan alat dan bahan yang disediakan.
Bahan-bahan:
1. Air berwarna (bagi memudahkan murid melihat)
2. Bebarapa bekas kecil terpakai yang sama saiz.
3. Botol air mineral
4. Satu bekas makanan (plastik)
5. Satu bekas minuman
Langkah-langkah pengajaran:
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Bekalkan setiap kumpulan dengan 5 bahan yang disenaraikan di atas.
3. Lantik seorang murid sebagai pencatat.
4. Murid memindahkan air berwarna dari bekas botol mineral ke bekas-bekas kecil sehingga air dalam botol mineral tersebut habis.(setiap bekas perlu diisi sehingga penuh )
5. Sambil langkah 4 berjalan, murid berbincang antara ahli kumpulan bagi membuat anggaran tentang bilangan bekas kecil yang diperlukan untuk menghabiskan air dalam botol mineral itu tadi.Murid membuat catatan dalam lembaran yang diberi.
6. Langkah 4 dan 5 diulang semula tetapi menggunakan air berwarna dalam bekas makanan (plastik ) dan bekas botol minuman.
7. Murid membuat catatan dalam lembaran kerja yang guru sediakan.
(klik di sini untuk melihat lembaran kerja)
(klik di sini untuk melihat lembaran kerja)
8. Murid berbincang antara ahli kumpulan bekas yang mana boleh menyimpan air paling banyak dan bekas mana yang menyimpan air paling sedikit dan membandingkan dengan anggaran yang telah dibuat.
9. Guru dan murid bersama-sama berbincang tentang kesimpulan yang boleh diperolehi daripada aktiviti di atas.
Kesimpulan : Bilangan bekas yang diperlukan adalah berbeza sekiranya murid menggunakan saiz atau bentuk bekas yang tidak sama. Maka, isipadu cecair yang diperolehi adalah bergantung pada saiz dan bentuk bekas yang digunakan.
9. Guru dan murid bersama-sama berbincang tentang kesimpulan yang boleh diperolehi daripada aktiviti di atas.
Kesimpulan : Bilangan bekas yang diperlukan adalah berbeza sekiranya murid menggunakan saiz atau bentuk bekas yang tidak sama. Maka, isipadu cecair yang diperolehi adalah bergantung pada saiz dan bentuk bekas yang digunakan.
AKTIVITI B (Untuk Pelajar lemah)
Tajuk : Mengukur Isipadu Cecair Tanpa Menggunakan Unit Piawai
Tahun : 2
Hasil Pembelajaran:
Murid dapat membanding dan menyukat isipadu cecair dengan menggunakan bekas.
Bahan-bahan:
1. Air berwarna (bagi memudahkan murid melihat)
2. Beberapa bekas kecil terpakai ( sama saiz )
3. Botol air mineral
4. Satu bekas minuman
Langkah-langkah pengajaran:
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Bekalkan setiap kumpulan dengan 4 bahan yang disenaraikan di atas.
3. Lantik seorang murid sebagai pencatat.
4. Murid memindahkan air berwarna dari botol mineral ke bekas-bekas kecil yang sama saiz sehingga air berwarna dalam botol tersebut habis.( setiap bekas perlu diisi sehingga penuh )
5. Pencatat mencatat dapatan ( bilangan bekas kecil ) yang diperolehi dalam lembaran yang disediakan.
6. Langkah 4 diulang semula tetapi dengan menggunakan air berwarna yang diisi dalam bekas minuman.
7. Murid membuat catatan dalam lembaran kerja yang disediakan.
(klik di sini untuk melihat lembaran kerja)
(klik di sini untuk melihat lembaran kerja)
8. Murid berbincang antara ahli kumpulan ,bekas yang mana mengandungi air yang paling banyak dan bekas yang mana mengandungi air yang sedikit.
9. Guru dan murid bersama-sama membuat kesimpulan bahawa :
a) Saiz dan bentuk sesuatu bekas yang digunakan untuk mengisi cecair yang disukat akan mempengaruhi jumlah bilangan bekas yang diperolehi.
9. Guru dan murid bersama-sama membuat kesimpulan bahawa :
a) Saiz dan bentuk sesuatu bekas yang digunakan untuk mengisi cecair yang disukat akan mempengaruhi jumlah bilangan bekas yang diperolehi.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya aktiviti dan langkah yang dicadangkan di atas adalah amat sesuai dijalankan bagi murid tahun 2. Murid pastinya seronok melakukan aktiviti ini kerana ianya mudah dan berkaitan dengan benda yang mereka selalu gunakan dalam kehidupan harian mereka.
Bimbingan dari guru amat perlu dan penting supaya murid tidak tersalah konsep seperti menyatakan isipadu air lebih banyak pada bekas yang mempunyai paras air yang tinggi berbanding bekas yang mempunyai paras air yang rendah. Dengan memanipulasikan pelbagai jenis bekas mengisi air, murid dapat melihat sendiri bagaimana sesuatu isipadu air itu disukat dengan cara yang adil iaitu menggunakan bekas kecil yang sama saiz.
Dalam aktiviti ini murid dapat membuat kesimpulan atau keputusan yang menyakinkan pada diri mereka bahawa tidak semestinya bekas yang sama tinggi mempunyai isipadu air yang sama dan tidak semestinya bekas yang berlainan ketinggian mempunyai isipadu air yang berbeza. Untuk memastikan isipadu air, kita perlu menggunakan bekas sukatan yang sama atau dimalarkan supaya isipadu air yang disukat adalah adil bagi mendapat keputusan yang tepat dan boleh dipercayai.
Sebagai seorang guru, kita perlu kreatif dalam membina sesuatu konsep supaya murid tidak terkeliru dalam melakukan aktiviti yang lebih mencabar pada masa akan datang. Ketidakfahaman murid tentang sesuatu konsep akan mendatangkan lebih lagi masaalah lain yang akan berlanjutan jika mereka bergerak ketahap seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)